SORRY, SITE UNDER MAINTENANCE.(Add me on Facebook) have a nice day :)

Khamis, 16 Jun 2011

Tips supaya aksesori bertahan lebih lama.


Mutiara adalah sesuatu yang halus dan lembut, memerlukan penjagaan yang istimewa dan cara pembersihan tertentu bagi memastikan kilauan dan kecantikannya kekal. Sedangkan asli yang mempunyai lapisan mutiara yang tebal pun boleh rosak sekiranya tiada penjagaan yang rapi.

Cara yang terbaik untuk membersihkan mutiara adalah kebiasaan lap dengan kain yang kering dan lembut. Setiap kali anda memakai mutiara, ingat untuk lapkan sebelum menyimpan semula kedalam bekasnya. Ini untuk melindungi mutiara dari dirosakkan oleh asid peluh. Sekali sekala cuci mutiara dengan sabun bayi. Gunakan tangan kerana menggunakan berus boleh merosakkan lapiran mutiara. Sabun bayi adalah yang terbaik. Simpan dalam keadaan kering dan jangan digantung untuk mengeringkannya.

Apabila membersihkan mutiara elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi ammonia, sabun yang kasar dan pencuci. Jangan sesekali steam mutiara anda kerana kepanasan boleh merosakkannya. Sekirannya pada mutiara terdapat daki kotoran, gunakan kuku jari adalah cara terbaik untuk menyingkirkannya.

Memandangkan mutiara terdiri dari kalsium karbonat maka warnanya boleh dirosakkan oleh asid, jadi elakkan dari bahan kimia seperti vinegar, alcohol, ammonia dan penyembur rambut, pencuci, minyak wangi, air kolam renang dan kosmetik. Anda boleh memakai mutiara selepas memakai makeup, penyembur rambut dan minyak wangi. Seeloknya pakai mutiara di atas pakaian dan jangan terus di atas kulit anda. Ingat untuk menanggalkan mutiara bila anda bersenam, berenang atau mandi. Mutiara boleh menyerap minyak wangi dan penyembur rambut, jadi elakkan dari memakai mutiara bila ke salon rambut. Juga elakkan dari memakainya semasa anda memasak, kerana mutiara boleh menyerab asap dan wab dari masakan. Mutiara juga mengandungi sedikit air dan protein, jadi jauhi dari tempat yang panas dan kering, elakkan dari pancaran terik matahari. Mutiara juga mengandungi bahan organik dan memerlukan udara segar dan kelembapan, jadi pakailah mutiara sekurangnya sekali dalam sebulan. Lap secara kerap kerana mutiara boleh menyerap minyak wangi dan peluh, begitu juga dengan habuk. Sekiranya tercalar, gunakan olive oil dan sapu dengan lembut di kawasan yang tercalar itu.

Simpan perhiasan mutiara anda berasingan dengan set perhiasan yang lain kerana perhiasan yang keras boleh merosakkan mutiara anda. Simpanlah mutiara anda di dalam bekas khas dan elakkan dari tersentuh dengan benda-benda keras. Menjaga mutiara secara kebiasaan akan memanjangkan hayat mutiara anda.
Jadi :
Elakkan dari terkena peluh.
Jangan kerap terkena air.
Hindarkan dari terkene sabun, lotion dan bahan kimia.
Simpanlah dalam keadaan kering dan dilap dengan kain lembut.
Jangan disimpan di tempat yang lembab.




Sumber Asal : Fakta Tentang Mutiara

Tiada ulasan: