SORRY, SITE UNDER MAINTENANCE.(Add me on Facebook) have a nice day :)

Khamis, 16 Jun 2011

Tips bagi memastikan mutiara asli atau palsu.


Harga mutiara asli yang mahal menyebabkan banyak pihak cuba memalsukan ciptaan yang sangat berharga ini, banyak cara dilakukan untuk menghasilkan mutiara palsu sebiji seperti yang asli. Bahannya yang digunakan biasanya bervariasi dari jenis batuan tertentu seperti kaca, plastik dan bahkan dari cengkerang kerang.

Mutiara air laut 
berasal dari laut, harga ditentukan oleh berat, bulatnya, warna, kualiti dan kilauannya, tahan apabila dibakar dan apabila digigit terasa pasir tetapi tidak boleh tercalar.

Mutiara air tawar 
berasal dari air tawar, besar dan berat hampir sama, harga lebih murah daripada mutiara air laut, terbakar apabila dibakar tetapi tidak meleleh dan apabila digigit terasa pasir tetapi tidak mudah tercalar.

Mutiara plastik/tiruan 
warna sama seperti mutiara air tawar, ringan, harga yang sangat murah, apabila dibakar akan meleleh dan apabila digigit terasa licin dan mudah terkelupas.





Sumber Asal : Fakta Tentang Mutiara

Tiada ulasan: